Sunday, July 25, 2010

Aku perasan ada sekolah pelajar hamil...

"Saya tak perlu sokong-menyokong. Sekarang saya ada masalah budak mengandung, tapi tak ada suami, jadi kerja kita yang pertama adalah mengahwinkan dia dengan lelaki yang menyebabkannya mengandung, lepas itu, remaja perempuan itu boleh sekolah. Jadi apa salahnya?," kata KM Melaka selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-3 Kampung Buku Malaysia Melaka di Cafe Botanikal, Ayer Keroh di sini 25 Julai 2010.



Aku perasan akan ada lagi sekolah yang "macam2" akan ditubuhkan...sekiranya sekolah perintis ini boleh menyelesaikan masalah!Apa korang korang perasan; Adakah langkah ini satu kaedah mencegah atau mengubat penyakit gejala sosial yang dinyatakan?
Perasanlah sendiri!Kerana kita semua tahu "Mencegah LEBIH BAIK daripada mengubat".
Antara sekolah yang akan diperasan nanti...
i)Sekolah pelajar pelakon lucah bikin sendiri?
ii)Sekolah pelajar kaki disko dsb?
iii)Sekolah pelajar Islam tak boleh baca Al Quran?tapi Speaking berabuk...
iv) Korang tambahlah sendiri daripada apa yang korang perasan masalah sosial yang perlu ada sekolah...
Yang pasti aku harap aku tak perasan nanti "sekolah untuk pelajar nak mengandung" plak dah ler...

Korang jangan tak tau...Islamik k cara ni.Tak perasan?...baca lagi kat bawah ni.

Tambah Ali Rustam lagi, sama ada cadangan menubuhkan sekolah murid hamil itu mendapat persetujuan daripada kementerian atau tidak, ia bukanlah satu masalah kepada kerajaan negeri.

"Kalau Kementerian Pelajaran tak setuju saya buka sekolah baru. Saya boleh buat dalam sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau sekolah swasta.

"Saya pun sudah bincang dalam mesyuarat MAIM. Mufti kata lepas akil baligh, ikut hukum Islam sudah boleh kahwin dan apa yang kita nak buat ini ikut hukum Islam.

Renungkanlah...agaknya apa lagi yang kita tak berubat dan tidak diubat!
Related Posts with Thumbnails