Thursday, August 19, 2010

Aku perasan orang USA tak berpengetahuan...

Aku perasan orangn USA ni memang BODOH sebab pengetahuan am pun mereka kantoi...
Tak percaya? Tonoton video kat bawah ni...



Fikirkanlah...kalau korang ikut perangai diaorang...korang sendiri LEBIH BODOH!

Tuesday, August 17, 2010

Aku perasan baik ubah "speed trap"...

Aku perasan satu idea untuk kerajaan Malaysia yang mahu mengurangkan beban rakyat kerana "speed trap".Kalau betui nak kurangkan beban tu, tonton video ini!


Alih2 nak bagi diskaun tol???

Fikirkanlah...benarkah cara yang dinyatakan itu dapat mengurangkan beban rakyat @ cuba BEBALkan rakyat?

Thursday, August 5, 2010

Aku perasan cam tak berubah...

Aku perasan kepada Perubahan masa dan zaman, sikap manusia tetap sama cuma dizahirkan mengikut acuan semasa...



Tapi yang ni cam acuan sama cuma tempat ja berbeza...


Fikirkanlah...apa yang perlu berubah dan apa yang perlu diubah?

Wednesday, August 4, 2010

Aku perasan Madey pun nak tau 1 Malaysia tu apanama?

Aku perasan Masa2 ngundi PM selalu dok canang 1Malaysia dah diterima oleh rakyat. Betulkah?



Fikirkanlah...apa lagi yang PERLU kita terima dan apa yang WAJIB kita tolak?

Aku perasan minuman berkarbonat (bergas)...AWAS!!!



Korang kerap ker minum cocal-cola???
Kalau kerap cam addict tu... rehat jap.Tengok video ni.



Fikirkanlah...setiap penyakit datang daripada makanan/minuman yang kita ambil. Kalau yang HARAM lagi PARAH la...

Aku perasan budak sekolah 'tak sekolah' akan cam Hang Tuah...

Aku perasan bebudak sekolah yang kurang ajar kat cikgu dia akan mengalami nasib seperti Hang Tuah ni...



Fikirkanlah...jangan sampai gagal dunia dan akhirat!

Tuesday, August 3, 2010

Aku perasan kerusi O O O ...

Aku perasan kahadiran kerusi O O O...(baca kerusi kosong kosong...)semakin BERTAMBAH (terpaksa guna perkataan positif cam kjaan buat masa umum naik harga bulan lepas iaitu MENURUNKAN subsidi!) setiap kali ceramah BeEnd.




Sumber Gambar :http://demokrasi93.blogspot.com/2010/08/ramainya-bangku-di-ceramah-be-end.html

Jadi korang tak payahlah hairan sekiranya setiap kali berita ( tak kiralah TV ke surat kabo) melaporkan jumlah kehadiran yang menakjubkan. Aku dah perasan cam mana diaorang kira. Jumlah kehadiran berdasarkan jumlah kerusi yang tidak diduduki (kerusi kosong). katakan 300 kosong kosong kosong. Sekarang tukarkan perkataan kosong kepada angka O. Hmmm...jumlah menakjubkan 300 OOO!

Hmmm...fikirkanlah! Makna angka O itu sebagai perkataan bermakna adalah KOSONG!

Aku perasan budak sekolah cam 'tak sekolah'...

Inilah buktinya budak sekolah cam 'tak sekolah'...



Fikirkanlah...apa lagi yang belum diajar sehingga menjadi kurang ajar!

Monday, August 2, 2010

Aku perasan makhluk 'devil'...

Aku perasan kapir ni dah jadi devil...



Gereja rancang 'Hari Bakar al-Quran'

NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.

Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.

Fikirkanlah...apa lagi makhluk devil ni nak...Jelaslah tindakan ini Siapa devil sebenarnya?

Aku perasan guru berpolitik jadi pemimpin berkaliber...?

Aku perasan Stopa Mamat kabo dalam berita TV3 malam tadi, guru yang menceburi politik akan menjadi pemimpin yang berkaliber!
Ini bermakna pemimpin mereka tu, sekarang ni tak berkaliber la...tu yang sedang mencari kalangan guru untuk menjadi pemimpin berkaliber.Cam klise ja ayat...

Jadi guru-guru yang betul nak memperjuangkan nasib rakyat tu...baik renti le jadi guru, sebab tugas guru memperjuangkan nasib pelajar dulu supaya menjadi rakyat yang berguna untuk agama,bangsa dan negara mereka.

Aku gak setuju kalau guru-guru yang berpolitik tu tau apa tugas sebenar mereka. Tapi kalau asyik menyokong parti karat yang takde moral tu bukan berkaliber lagi...tepatnya

bawah...

bawah...

bawah lagi...



berkaliBERUK...kot!

Fikirkanlah...adakah usul pemansuhan UPSR dan PMR itu untuk memberi lebih ruang masa untuk guru menjadi guru berkaliber atau berkaliBERUK? Atau idea ini datang daripada otak orang yang berkalikaliBERUK..???

Sunday, August 1, 2010

Aku perasan TPM rasmi kibar jalur gemilang...

Aku perasan majlis tilawah dengan Perasmian Kibar bendera TPM malam tadi...

Lihat N3 aku perasan sebelum ni...aku-perasan-ada-tanda-david-star!



Majlis malam tadi...tak pergi pun majlis tilawah tapi hadir majlis ada "UNSUR SAMA"...


Fikirkanlah...apa lagi yang ada dan disembunyikan!

Sunday, July 25, 2010

Aku perasan ada sekolah pelajar hamil...

"Saya tak perlu sokong-menyokong. Sekarang saya ada masalah budak mengandung, tapi tak ada suami, jadi kerja kita yang pertama adalah mengahwinkan dia dengan lelaki yang menyebabkannya mengandung, lepas itu, remaja perempuan itu boleh sekolah. Jadi apa salahnya?," kata KM Melaka selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-3 Kampung Buku Malaysia Melaka di Cafe Botanikal, Ayer Keroh di sini 25 Julai 2010.



Aku perasan akan ada lagi sekolah yang "macam2" akan ditubuhkan...sekiranya sekolah perintis ini boleh menyelesaikan masalah!Apa korang korang perasan; Adakah langkah ini satu kaedah mencegah atau mengubat penyakit gejala sosial yang dinyatakan?
Perasanlah sendiri!Kerana kita semua tahu "Mencegah LEBIH BAIK daripada mengubat".
Antara sekolah yang akan diperasan nanti...
i)Sekolah pelajar pelakon lucah bikin sendiri?
ii)Sekolah pelajar kaki disko dsb?
iii)Sekolah pelajar Islam tak boleh baca Al Quran?tapi Speaking berabuk...
iv) Korang tambahlah sendiri daripada apa yang korang perasan masalah sosial yang perlu ada sekolah...
Yang pasti aku harap aku tak perasan nanti "sekolah untuk pelajar nak mengandung" plak dah ler...

Korang jangan tak tau...Islamik k cara ni.Tak perasan?...baca lagi kat bawah ni.

Tambah Ali Rustam lagi, sama ada cadangan menubuhkan sekolah murid hamil itu mendapat persetujuan daripada kementerian atau tidak, ia bukanlah satu masalah kepada kerajaan negeri.

"Kalau Kementerian Pelajaran tak setuju saya buka sekolah baru. Saya boleh buat dalam sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau sekolah swasta.

"Saya pun sudah bincang dalam mesyuarat MAIM. Mufti kata lepas akil baligh, ikut hukum Islam sudah boleh kahwin dan apa yang kita nak buat ini ikut hukum Islam.

Renungkanlah...agaknya apa lagi yang kita tak berubat dan tidak diubat!

Wednesday, July 21, 2010

Aku perasan propaganda Barang Naik...Ubah gaya hidup

Korang fikir-fikirlah camno nak ubah gaya hidup korang sekiranya korang tak mampu berubah mengikut yang disyorkan.



Tapi korang kena ingat gak...jangan ubah lak gaya mati.

Aku perasan hampir 3.2 juta

"Siapa kata? Tidak betul. Saya tidak dapat terima ada pihak kata meluat kepada UMNO. Tidak betul. Kita parti terbesar bagi orang Melayu. Ahli kita ramai. Selepas pemutihan jumlahnya ialah 3,186,850. Mereka ini sayang kepada UMNO"- Presiden UMNO

Jangan lupa ya...Apa yang aku perasan angka ini dah termasuk
i)40 orang ulama muda (Ulama tua tak masuk ker?)
ii)Ahli2 PR yang dah menyerahkan borang keahlian,(...alah citer ni timbul time nak ada PRK)
iii)Dr.M + Dr.H
iv)korang tambah lah sendiri...sebab angka pertambahan ahli UMNO sentiasa ada disiarkan dalam paper.

Kalau belum dikira lagi korang tambahlah sendiri...brp dpt?

Tuesday, July 20, 2010

Aku perasan ada tanda 'david star'-lambang yahudi...

Majlis Tilawah Al Quran 2010 kat Sabah hari tu.
Perhatikan grafik...terdapat lambang 'david star"-lambang yahudi yang jelas!
Perhatikan grafik atas perkataan "...kepada penduduk..." masa 00:34,
Perhatikan lagi...muncul lagi atas perkataan "...saudara mereka..." masa 00:46.
Lain-lain tu korang perasan sendirilah kat mana?
Adakah unsur2 yahudi dah menyerap masuk...@ pereka grafik sengaja/tak sengaja?
Apapun SYABAS dan Tahniah kepada Johan Qari dan Qariah.Semoga berjaya di peringkat antarabangsa nanti.

Aku perasan belajar jawi...

Mari belajar jawi...

Monday, July 19, 2010

Aku perasan ada gak yg buat lawak...

Aku perasan satu video dalam youtube.com. Korang tontonlah dengan perasaan...apa korang perasan? Untuk hiburan sahaja...

Sunday, July 18, 2010

Aku perasan kesan kenaikan harga minyak

16 Julai 2010 lepas, harga barang naik lagi (pakej 5-dalam-1) dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar! Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, terselitlah istilah-istilah "keliru" yang memeningkan kepala makcik-pakcik kat kampung-kampung. Biasalah hendak meng'halal'kan cara. Kan senang bagitau ja maksud istilah-istilah tu "Barang Naik".

Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat dan bukan sekarang baru "buat-buat tersedar" nak berjimat setelah negara menanggung hutang RM 362 billion. Apa masalah dengan negara kita? Nak kata tiada sumber semulajadi/hasil bumi, mustahil! Pengurusan sumberlah salah satu puncanya. Siapa yang urus? Sendiri mau ingat la..sendiri dah pilih.

Asal aje "Barang Naik" maka berserulah kepada rakyat jelata agar menjaga kesihatan, ubah cara hidup dan macam-macam lagilah yang tak terpikir oleh rakyat jelata untuk membuatnya sebelum ini. Pastinya rakyat jelata ini tiada istana mewah, tiada kereta mewah, malah makan seharian pun tidak PERNAH mewah. Apa wajarnya mereka melaksanakan seruan ini. Bagaimana dengan golongan atasan?

Berpandukan apa yang aku perasan dengan ilmu yang cetek ini pun boleh buat perbandingan Malaysia sebagai pengeluar minyak, dengan Arab Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia. Biasa isi minyak kereta RM 60/seminggu utk 32.89 liter untuk ulang-alik rumah dan tempat kerja. Sekarang untuk mendapat isian liter yang sama terpaksa RM61.72 bertambah RM1.72. Bermakna untuk minyak kereta sahaja dalam sebulan dah bertambah RM1.75 x 4 minggu (1 bulan)=RM6.88/bulan. Bayangkan itu untuk belanja minyak sahaja. "Kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat" adalah suatu kenyataan klise. Kenyataannya rakyat perlu menambah perbelanjaan bulanan mereka, sedangkan gaji/atau pendapatan mereka tetap ditakuk lama.

Renungkanlah...agaknya apa lagi yang kita tak tahu dan tidak diberitahu!
Related Posts with Thumbnails