16 Julai 2010 lepas, harga barang naik lagi (pakej 5-dalam-1) dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar! Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, terselitlah istilah-istilah "keliru" yang memeningkan kepala makcik-pakcik kat kampung-kampung. Biasalah hendak meng'halal'kan cara. Kan senang bagitau ja maksud istilah-istilah tu "Barang Naik".
Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat dan bukan sekarang baru "buat-buat tersedar" nak berjimat setelah negara menanggung hutang RM 362 billion. Apa masalah dengan negara kita? Nak kata tiada sumber semulajadi/hasil bumi, mustahil! Pengurusan sumberlah salah satu puncanya. Siapa yang urus? Sendiri mau ingat la..sendiri dah pilih.
Asal aje "Barang Naik" maka berserulah kepada rakyat jelata agar menjaga kesihatan, ubah cara hidup dan macam-macam lagilah yang tak terpikir oleh rakyat jelata untuk membuatnya sebelum ini. Pastinya rakyat jelata ini tiada istana mewah, tiada kereta mewah, malah makan seharian pun tidak PERNAH mewah. Apa wajarnya mereka melaksanakan seruan ini. Bagaimana dengan golongan atasan?
Berpandukan apa yang aku perasan dengan ilmu yang cetek ini pun boleh buat perbandingan Malaysia sebagai pengeluar minyak, dengan Arab Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia. Biasa isi minyak kereta RM 60/seminggu utk 32.89 liter untuk ulang-alik rumah dan tempat kerja. Sekarang untuk mendapat isian liter yang sama terpaksa RM61.72 bertambah RM1.72. Bermakna untuk minyak kereta sahaja dalam sebulan dah bertambah RM1.75 x 4 minggu (1 bulan)=RM6.88/bulan. Bayangkan itu untuk belanja minyak sahaja. "Kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat" adalah suatu kenyataan klise. Kenyataannya rakyat perlu menambah perbelanjaan bulanan mereka, sedangkan gaji/atau pendapatan mereka tetap ditakuk lama.
Renungkanlah...agaknya apa lagi yang kita tak tahu dan tidak diberitahu!
No comments:
Post a Comment